GATERA
Menu
  • Ahli
  • Penerangan
  • Hebahan
  • Kertas Kerja
    • Seminar Konflik Pembangunan 2014
      • Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan
      • Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah?
      • Menuju Abad Singulariti
  • Makalah
  • Hubungi
Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
Browse: Home » pru13
Sebahagian ahli awal GATERA

Hebahan Media ke-5: Ketiadaan Budaya Tanggunghisab dan Tanggungjawab Pengurus dan Pemimpin Kita

5 Julai, 2013 · by gatera · in Hebahan

Hebahan Media GATERA ke-5, 5 Julai 2013= 26 Sya‘aban 1434 Ketiadaan Budaya Tanggunghisab dan Tanggungjawab Pengurus dan Pemimpin Kita Satu daripada indeks utama ketamadunan bangsa ialah para pengurus dan pemimpin bangsa itu di setiap peringkatnya menghayati prinsip tanggunghisab dan tanggungjawab…

Sebahagian ahli awal GATERA

HEBAHAN MEDIA GATERA #4

26 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

POLARISASI KAUM ATAU PENGHEROTAN MAKLUMAT? Hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu-UMNO. Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara…

Sebahagian ahli awal GATERA

HEBAHAN MEDIA GATERA #3

22 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 YANG DIPERSOALKAN RAKYAT GATERA mencatatkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sekian lama dan kini sedang menghadapi serangan rakyat terhadap peranan dan tanggungjawab serta perjalanan pilihan raya di negara kita.  Kemuncaknya ialah siri demonstarasi BERSIH 1 …

Prof Emeritus Ahmat Adam

Ucapan Prof Emeritus Ahmat Adam (Ahli Pelandas GATERA) di Sg Merab

4 Mei, 2013 · by Prof Emeritus Ahmat Adam · in Makalah

Ucapan yang disampaikan dalam perhimpunan GATERA bersama rakyat pada 3 Mei 2013 di Padang Awam, Kampung Sungai Merab Luar Sdr. Pengerusi yang dihormati, Para hadirin sekalian, Assalamualaikum wbt. Kurang daripada empat puluh jam dari sekarang, semua rakyat yang layak mengundi…

Sebahagian ahli awal GATERA

PERNYATAAN MEDIA 4 Mei 2013

4 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) melihat kejadian-kejadian keji dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini semakin membimbangkan, resah dan merusuh hati. Kempen PRU 13 sudah menjadi satu pertarungan yang membelakangkan nilai-nilai luhur manusia. Pihak yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadilan dan kejujuran…

Perbincangan bersama SPR

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR

3 Mei, 2013 · by gatera · in Berita, Hebahan

2 Mei, Putrajaya – Iklim dan budaya politik keji dalam kempen pilihanraya umum ke 13 yang kian melata telah mendapat perhatian sebahagian besar para cendekiawan di Malaysia. Pelbagai isu moral yang keji dan penyalahgunaan kuasa dalam PRU 13 ini telah…

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR

MEMORANDUM GATERA KEPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

3 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

MEMORANDUM GATERA KEPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA ETIKA DAN KEADILAN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13 GATERA (Gerakan Intelektual Rakyat), sebuah perkumpulan yang terdiri daripada sasterawan, profesor, para ilmuwan, seniman, profesional, dan aktivis masyarakat, merasa amat resah dan rusuh hati menyaksikan suatu suasana…

Memorandum @ PWTC

Memorandum GATERA Kepada Pemimpin BN dan PR

2 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

MEMORANDUM GATERA KEPADA PEMIMPIN BN dan PR MEMBANTAH POLITIK KEJI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13 GATERA (Gerakan Intelektual Rakyat) yang dianggotai oleh 50 orang sarjana, ilmuwan, sasterawan, seniman dan profesional intelektual memandang serius terhadap keterlibatan parti-parti politik dalam budaya politik keji…

Sebahagian ahli awal GATERA

KENYATAAN MEDIA GERAKAN INTELEKTUAL RAKYAT (GATERA)

26 April, 2013 · by gatera · in Hebahan

Gerakan Intelektual Rakyat ditubuhkan pada hari Rabu,17 April 2013, pukul 10. 45 malam di Kuala Lumpur, oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Ringkasnya gerakan ini dipanggil GATERA, yang bermakna sudut pandangan. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan…

Perihal GATERA

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) ditubuhkan oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini.

*

Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun. GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.

Copyright © 2023 GATERA