Memorandum @ PWTC

Memorandum GATERA Kepada Pemimpin BN dan PR

MEMORANDUM GATERA KEPADA PEMIMPIN BN dan PR

MEMBANTAH POLITIK KEJI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13

GATERA (Gerakan Intelektual Rakyat) yang dianggotai oleh 50 orang sarjana, ilmuwan,
sasterawan, seniman dan profesional intelektual memandang serius terhadap keterlibatan parti-parti politik dalam budaya politik keji (fitnah, ganas, rasuah, lucah, dan penyalahgunaan kuasa seperti cengkaman media dan wang awam/negara dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

GATERA mencerap bahawa demi kerakusan kuasa dan pengekalan atau pengolehan kuasa yang mengening, mereka sanggup menggunakan segala kaedah untuk menjadi faedah tersebut bahkan menyuburkan kaedah-kaedah yang keji itu dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun.

Kebobrokan politik seperti ini sudah pastinya akan dilihat dan diiktibari kelak oleh generasi pelapis kita. GATERA percaya dan yakin tiada yang rasional yang ingin budaya politik keji ini menjadi budaya rakyat Malaysia bila-bila masa pun!.

Justeru, GATERA mendesak semua parti politik di Malaysia ini supaya kembali ke landasan politik yang insaf untuk menhayati nilai luhur sehingga dapatlah menjamin keamanan dan keharmonian semua kaum dan semua pihak. Semua kebobrokan politik ini haruslah dihentikan serta merta. GATERA juga berharap sungguh kepada semua parti politik supaya bersaing secara adil terutamanya pihak yang berkuasa sekarang tanpa cengkaman media massa pada mana-mana pihak tidak seperti yang sedang berlaku sekarang.

Kegagalan mana-mana parti politik dalam menampilkan budaya politik yang luhur ini akan menjerumuskan Malaysia ke kancah persekitaran yang tidak harmoni, sekali gus meletakkan Malaysia berada di ambang kejatuhan tahap kehidupan bermadani sehingga apa-apa wawasan negara yang muluk-muluk itu hanya tinggal retorik seretoriknya semata-mata.

Yang benar,

DR. SHAHARIR BIN MOHAMAD ZAIN

Ketua GATERA (Gerakan Intelektual Rakyat), 30 April 2013/19 J’akhir 1434

dengan keanggotaannya kini seperti berikut:

Anggota GATERA (sehingga 29 April 2013; ditubuhkan 17 April 2013)

Dr. Shaharir bin Mohamad Zain, Akademi Sains Malaysia, Pengerusi GMP (Ketua)

Dato’ A. Samad Said, Sasterawan Negara, 0126172806
Prof. Muhammad Hj. Salleh, Sasterawan Negara, 0134882540
Dato’ Prof. Emeritus Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara, 0125694280

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, ilmuwan dan budayawan
Prof. Emeritus Ahmat Adam, sarjana sejarah, 0193506325, [email protected]
Prof. Barjoyai Bardai, sarjana pengurusan di UNISEL, 012-2738414, [email protected]
Prof. Ismail bin Mohd, sarjana matematik di UMT
Prof. Md Nor Othman, sarjana pemasaran , UM
Prof. Mohamed Aslam B. Mohamed Haneef, sarjana Ekonomi Islam UIAM , 019-2874882, [email protected]
Prof. Mohamed Hatta Shaharom, Sarjana Psikiatri Forensik dan Perubatan Islam
Prof. Mohd Nazari Ismail, sarjana pentadbiran perniagaan antarabangsa UM,019-2404587
Prof. Mokhtar Abdullah, sarjana statistik UNISEL, 0111-6200145
Prof. Omar Yaakob, Sarjana Kejuruteraan Marin
Prof. Rehan Karim, sarjana kejuruteraan awam, [email protected]
Prof. Rushami Zien Yusoff, sarjana pengurusan kualiti, [email protected]
Prof. Wan Manan, Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), [email protected]
Prof. Wan Ramli bin Wan Daud, sarjan kejuruteraan kimia, Akademi Sains Malaysia, Presiden ASASI
Dr. Abdul Halim Muhammad, sarjana syar’iyah dan undang-undang perbandingan, 012-2950667, [email protected].
Dr. Aida Idris, sarjana keusahawanan dan sosioekonomi
Ir. Hj. Asari Daud (PM), pakar kejuruteraan air, [email protected]
Dr. Ghazali Basri, sarjana perbandingan agama, 0162211345
Dr. Harlina Halizah Siraj (PM), sarjana pendidikan perubatan , 0123243134
Dr. Maszlee Malik (PM), sarjana sains politik UIAM, 017-2360435
Dr. Mat Rofa Ismail (PM), sarjana matematik Islam,0173460535
Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff (PM), sarjana logistik dan keselamatan jalanraya
Uz. Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (PM), Sarjana Syariah dan Ekonomi Islam, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia
Dr. Muhammad Alinor Abdul Kadir, sarjana matematik, Setiausaha ASASI
Dr. Noriah Mohamed, sarjana Kesusasteraan Melayu
Dr. Nurdeng Durasheh (PM), sarjana ketamadunan, UPM,017-3264272, [email protected]
Dr. Paridul Adras Ismail, sarjana pendidikan, 0193917642, [email protected]

Dr. Pisol Maidin (PM), sarjana etnosains kejuruteraan UiTM, 019-3330017
Dr. Tajul Ariffin bin Nordin, sarjana pendidikan sains, 019-3164151
Dr. Zaid bin Ahmad (PM), sarjana ketamadunan UPM, 019-3742021
Dr. Zulkifli Hassan (PM), sarjana undang-undang
Dr. Zuraidah Abdullah (PM), sarjana pendidikan kepimpinan, [email protected]
Sdr. Mohamad Saidy (PM), sarjana pengurusan, [email protected]
Sdr. Mohd Tarmizi Hasrah, sarjana linguistik Melayu UKM
Sdr. Othman Soh, sejarawan

Sdr. Dinsman, sasterawan, Presiden PAKSI, 0197172408
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras
Sdr. Syed Ibrahim, Pengerusi GMI

Sdr. Kamaruzzaman Mohamad, Setiausaha GATERA, Himpunan Profesional Muda
Sdr. Hasni Abas, Setiausaha GMP
Sdr. Kasim Muhamad, Setiausaha PAKSI
Sdr. Khairul Anuar bin Abdul Manap, Setiausaha Agung I PKPIM, 013-3084064, [email protected]
Sdr. Jufitri Johan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM , 019-6225100, [email protected]
Sdr. Mohamed Nasser Mohamed, Bendahari PAKSI
Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz , Penolong Setiausaha ABIM
Sdr. Hj. Mohd Yunus Aminuddin, AJK Wadah

Print Friendly, PDF & Email