GATERA
Menu
  • Ahli
  • Penerangan
  • Hebahan
  • Kertas Kerja
    • Seminar Konflik Pembangunan 2014
      • Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan
      • Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah?
      • Menuju Abad Singulariti
  • Makalah
  • Hubungi

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)

Browse: Page 2
Kassim Muhamad

Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah? – Bhgn 1

28 Oktober, 2014 · oleh Kassim Muhamad · dalam Makalah, Seminar Konflik Pembangunan 2014

1.0 Takrif istilah Tema seminar ini menyentuh persoalan ‘krisis’ dan ‘pembangunan’, dua patah perkataan yang menjadi kunci perbahasan. Mengikut Kamus Dewan, edisi ke-empat (2005: 830) krisis membawa maksud “keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu…

skp-shaharir

Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan – Bhgn 1

27 Oktober, 2014 · oleh Dr Shaharir Mohamad Zain · dalam Makalah, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Bhgn 1 | Bhgn 2 | Bhgn 3 Abstrak Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan development, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah  dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori…

Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak © Jamal Tommy

Seminar Konflik Pembangunan: 25 Oktober 9pg-1tgh

20 Oktober, 2014 · oleh gatera · dalam Berita, Hebahan, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Seminar “Konflik Pembangunan“ anjuran bersama GATERA dengan PAKSI serta Madrasah Tarbiah telah diadakan di Madrasah Tarbiah , Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada 1 Muharam 1435=25 Oktober 2014 bermula pukul 9 pagi hingga 1 tgh. Para pembentangnya dan…

Ketua Gatera - Dr Shaharir Mohamad Zain

Tiadanya Kebebasan Akademik dan Bobroknya Dunia Akademik di Malaysia

16 Julai, 2014 · oleh Dr Shaharir Mohamad Zain · dalam Makalah

Ringkasnya, kebebasan akademik ialah kebebasan penyelidikan, pengajaran-pendidikan dan penyuaraan (lisan atau tulisan) bisikan qalbu kecendekiawanan. Kebebasan ini terhakis sejak 1970-an dahulu sehingga kini tinggallah kerak-keraknya yang tipis sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku? Kakitangan akademik universiti awam di Malaysia sejak tahun…

Dr Aida Idris

Nilai Budaya dan Pemerkasaan Ekonomi Melayu

7 Oktober, 2013 · oleh Dr Aida Idris · dalam Makalah

Untuk suatu jangka masa yang begitu lama, rakyat Malaysia percaya bahawa perbezaan nilai dan budaya dalam negara ini wujud atas sebab perbezaan kaum. Contohnya, orang Melayu dikatakan mempunyai nilai-nilai tertentu seperti “sabar” dan “berterima-kasih” kerana itu adalah adat Melayu. Orang…

Mesir

Apabila Ribuan Dibunuh, Tidak Wajar Memilih Untuk Berdiam Diri…

9 September, 2013 · oleh Prof. Mohd Nazari Ismail · dalam Makalah

Apabila Ribuan Dibunuh, Tidak Wajar Memilih Untuk Berdiam Diri… Di dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi, adalah menjadi satu kebiasaan bagi rakyatnya berkumpul untuk menunjuk perasaan sekiranya timbul isu-isu yang tidak disenangi rakyat. Oleh kerana itulah kita sering melihat…

Mesir

Kegagalan Morsi

23 Ogos, 2013 · oleh Maszlee Malik · dalam Makalah

Kegagalan Morsi Sehingga tarikh makalah ini ditulis, semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohammad Morsi pada 3 Ogos yang lalu, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2000 yang lain cedera, manakala lebih 1700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir…

Prof Nazari Ismail

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA): Punca Kemelut dan Penyelesaiannya

18 Julai, 2013 · oleh Prof. Mohd Nazari Ismail · dalam Makalah

Sudut Pandangan Ahli GATERA 3 Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA): Punca Kemelut dan Penyelesaiannya  Prof. Mohd Nazari Ismail Satu isu hangat yang sedang dipedebatkan di negara kita dan beberapa negara lain adalah berkenaan perjanjian perdagangan yang dikenali sebagai  Trans Pacific Partnership…

Sebahagian ahli awal GATERA

Hebahan Media ke-5: Ketiadaan Budaya Tanggunghisab dan Tanggungjawab Pengurus dan Pemimpin Kita

5 Julai, 2013 · oleh gatera · dalam Hebahan

Hebahan Media GATERA ke-5, 5 Julai 2013= 26 Sya‘aban 1434 Ketiadaan Budaya Tanggunghisab dan Tanggungjawab Pengurus dan Pemimpin Kita Satu daripada indeks utama ketamadunan bangsa ialah para pengurus dan pemimpin bangsa itu di setiap peringkatnya menghayati prinsip tanggunghisab dan tanggungjawab…

Sebahagian ahli awal GATERA

HEBAHAN MEDIA GATERA #4

26 Mei, 2013 · oleh gatera · dalam Hebahan

POLARISASI KAUM ATAU PENGHEROTAN MAKLUMAT? Hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu-UMNO. Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara…

← Previous 1 2 3 4 Next →

Ucapan Ketua GATERA – Bhgn 1

Ucapan Ketua GATERA, Dr Shaharir bin Mohamad Zain (Bahagian 1). Pengenalan GATERA.

Ucapan Ketua GATERA – Bahagian 2

Ucapan Ketua GATERA (Bahagian 2). Perjuangan untuk Agama, Bahasa, dan Ilmu.

Selenggaraan

  • Log masuk
  • Suapan pemasukan
  • Suapan ulasan
  • WordPress.org

Perihal GATERA

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) ditubuhkan oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini.

*

Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun. GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.

Copyright © 2023 GATERA