GATERA
Menu
  • Ahli
  • Penerangan
  • Hebahan
  • Kertas Kerja
    • Seminar Konflik Pembangunan 2014
      • Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan
      • Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah?
      • Menuju Abad Singulariti
  • Makalah
  • Hubungi
Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
Browse: Home » Dr Shaharir Mohamad Zain
KORUPSI (Sumber: https://www.flickr.com/photos/paulk/4608795889 )

Rasuah bagi Orang Malayonesia Islam Khasnya Melayu di Malaysia

21 Jun, 2017 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah

Makalah GATERA 3/2017 – Shaharir b.M.Z. (Gambar hiasan: “KORUPSI”, oleh Paul Keller  –Editor) 0. Pendahuluan Sayed Hussein Alatas (Alatas 1968, 1990, 1999) boleh dianggap sarjana pertama membicarakan rasuah dengan berertinya dan memberi takrif rasuah yang dianggap banyak pihak mencakupi (komprehensif). Beliau…

skp-shaharir

Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan – Bhgn 3 (Akhir)

5 November, 2014 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Bhgn 1 | Bhgn 2 | Bhgn 3 (Sambungan dari Bhgn 2) Teori ekonomi pembangunan sekarang untuk siapa? Teori pembangunan ekonomi pada peringkat awalnya memang ditujukan kepada pemerintah/kerajaan, iaitu bagaimana semestinya pemerintah/kerajaan mengurus perancangan pembangunan sesebuah negara utuk kemajuan. Akan…

skp-shaharir

Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan – Bhgn 2

30 Oktober, 2014 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Bhgn 1 | Bhgn 2 | Bhgn 3 (Sambungan dari Bhgn 1) Apa lagi konfliknya? Ada beberapa lagi yang terasnya yang akan diperkatakan di bawah ini. Konfliknya Pembangunan sebagai Pertumbuhan Ekonomi Pertamanya, konsep pembangunan Barat yang asalnya tiadalah bertujuan untuk…

skp-shaharir

Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan – Bhgn 1

27 Oktober, 2014 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Bhgn 1 | Bhgn 2 | Bhgn 3 Abstrak Makalah ini mengandungi kupasan punca-punca konfliknya pembangunan dari aspek teorinya dan amalannya. Ini termasuklah konfliknya makna pembangunan dengan development, konfliknya sejarah projek pembangunan di Eropah  dengan pembangunan di Malaysia, konfliknya teori…

Ketua Gatera - Dr Shaharir Mohamad Zain

Tiadanya Kebebasan Akademik dan Bobroknya Dunia Akademik di Malaysia

16 Julai, 2014 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah

Ringkasnya, kebebasan akademik ialah kebebasan penyelidikan, pengajaran-pendidikan dan penyuaraan (lisan atau tulisan) bisikan qalbu kecendekiawanan. Kebebasan ini terhakis sejak 1970-an dahulu sehingga kini tinggallah kerak-keraknya yang tipis sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku? Kakitangan akademik universiti awam di Malaysia sejak tahun…

Dato Dr Anwar Ridhwan

Ahli Pelandas GATERA

4 Mei, 2013 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Berita, Hebahan

Seorang lagi Sasterawan Negara menjadi ahli GATERA Pelandas, iaitu Dato’  Dr. Anwar Ridhwan. Saya memohon maaf kepada beliau, kerana  tertinggal namanya dalam senarai ahli GATERA pada hari perisytiharan GATERA 17 Mei 2013 yang disiarkan di dalam Sinar Harian (internet) keesokan harinya itu. Beliau…

Ketua Gatera - Dr Shaharir Mohamad Zain

Perlunya Kepemimpinan peduli nilai-nilai luhur kemanusiaan

4 Mei, 2013 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Makalah, Penerangan

Kepemimpinan negara menuju ke tahap kemajuan yang lebih bermakna perlu mendukung tiga serangkai ciri asasi peradaban, iaitu ketinggian agama (bagi barat berasaskan ideologinya), bahasa, dan ilmu. AGAMA Kepemimpinan yang menghakis apatah lagi membobrokkan (memunahkan) satu daripada komponen untaian peradaban ini…

Perihal GATERA

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) ditubuhkan oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini.

*

Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun. GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.

Copyright © 2023 GATERA