GATERA
Menu
  • Ahli
  • Penerangan
  • Hebahan
  • Kertas Kerja
    • Seminar Konflik Pembangunan 2014
      • Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan
      • Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah?
      • Menuju Abad Singulariti
  • Makalah
  • Hubungi
Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
Browse: Home » spr
Sebahagian ahli awal GATERA

HEBAHAN MEDIA GATERA #3

22 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 YANG DIPERSOALKAN RAKYAT GATERA mencatatkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sekian lama dan kini sedang menghadapi serangan rakyat terhadap peranan dan tanggungjawab serta perjalanan pilihan raya di negara kita.  Kemuncaknya ialah siri demonstarasi BERSIH 1 …

Perbincangan bersama SPR

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR

3 Mei, 2013 · by gatera · in Berita, Hebahan

2 Mei, Putrajaya – Iklim dan budaya politik keji dalam kempen pilihanraya umum ke 13 yang kian melata telah mendapat perhatian sebahagian besar para cendekiawan di Malaysia. Pelbagai isu moral yang keji dan penyalahgunaan kuasa dalam PRU 13 ini telah…

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR

MEMORANDUM GATERA KEPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

3 Mei, 2013 · by gatera · in Hebahan

MEMORANDUM GATERA KEPADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA ETIKA DAN KEADILAN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13 GATERA (Gerakan Intelektual Rakyat), sebuah perkumpulan yang terdiri daripada sasterawan, profesor, para ilmuwan, seniman, profesional, dan aktivis masyarakat, merasa amat resah dan rusuh hati menyaksikan suatu suasana…

Perihal GATERA

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) ditubuhkan oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini.

*

Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun. GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.

Copyright © 2023 GATERA