KENYATAAN MEDIA GERAKAN INTELEKTUAL RAKYAT (GATERA)
Gerakan Intelektual Rakyat ditubuhkan pada hari Rabu,17 April 2013, pukul 10. 45 malam di Kuala Lumpur, oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Ringkasnya gerakan ini dipanggil GATERA, yang bermakna sudut pandangan. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab.
Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini. Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun.
GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.
Anggota GATERA
Dr. Shaharir bin Mohamad Zain, Akademi Sains Malaysia, Pengerusi GMP (Ketua)
Dato’ A. Samad Said, Sasterawan Negara
Prof. Muhammad Hj. Salleh, Sasterawan Negara
Dato’ Prof. Emeritus Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara
Prof. Emeritus Abdullah Hassan, ilmuwan dan budayawan
Prof Emeritus Ahmat Adam, sarjana Sejarah
Prof. Barjoyai Bardai, sarjana pengurusan
Prof. Ismail bin Mohd, sarjana matematik
Prof. Md Nor Othman, sarjana pemasaran
Prof. Mohamed Aslam B. Mohamed Haneef, sarjana Ekonomi Islam
Prof. Mohd Nazari Ismail, sarjana pentadbiran perniagaan antarabangsa
Prof. Mokhtar Abdullah, sarjana statistik
Prof. Wan Manan, Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Prof. Wan Ramli bin Wan Daud, Akademi Sains Malaysia, Presiden ASASI
Dr. Abdul Halim Muhammad, sarjana syar’iyah dan undang-undang.
Dr. Aida Idris, sarjana keusahawanan dan sosioekonomi
Dr. Ghazali Basri, sarjana perbandingan agama
Dr. Maszlee Malik, sarjana sains politik
Dr. Mat Rofa Ismail, sarjana matematik Islam
Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, sarjana matematik, Setiausaha ASASI
Dr. Noriah Mohamed, sarjana Kesusasteraan Melayu
Dr. Nurdeng Durasheh, sarjana ketamadunan
Dr. Paridul Adras Ismail, sarjana pendidikan
Dr. Pisol Maidin, sarjana etnosains kejuruteraan
Dr. Tajul Ariffin bin Noordin, sarjana pendidikan sains
Dr. Zaid bin Ahmad, sarjana ketamadunan
Dr. Zulkifli Hassan, sarjana undang-undang
Sdr. Mohd Tarmizi Hasrah, sarjana linguistik Melayu
Sdr. Othman Soh, sejarawan
Sdr. Dinsman, sasterawan, Presiden PAKSI
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras
Sdr. Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI
Sdri. Ainon Muhammad, usahawan
Sdri Nur Hanim Kamaruddin, seniman
Sdr. Hasni Abas, Setiausaha GMP
Sdr. Kasim Muhamad, Setiausaha PAKSI
Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Penolong Setiausaha ABIM
Sdr. Kamaruzaman Mohamad, Himpunan Profesional Muda