GATERA
Menu
  • Ahli
  • Penerangan
  • Hebahan
  • Kertas Kerja
    • Seminar Konflik Pembangunan 2014
      • Senang-Lenang dan Berlinangnya Pembangunan
      • Paradoks pembangunan sungai: Membangun atau memusnah?
      • Menuju Abad Singulariti
  • Makalah
  • Hubungi
Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
Browse: Home » paksi
Kenyataan PAKSI

Kenyataan Media PAKSI: Menolak Manipulasi Terhadap Fakta Bersih 4

9 September, 2015 · by gatera · in Hebahan

Memerhati keadaan politik-sosial-keagamaan masyarakat kita hari ini yang nampaknya semakin keliru, gelisah dan kacau, akibat pentadbiran negara yang lemah, elitis dan kurang peduli-rakyat, (walaupun himpunan Bersih.4 pada 29-30 ogos lalu berlangsung dalam suasana aman dan mesra); kami NGO Gatera, ASASI,…

Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak © Jamal Tommy

Seminar Konflik Pembangunan: 25 Oktober 9pg-1tgh

20 Oktober, 2014 · by gatera · in Berita, Hebahan, Seminar Konflik Pembangunan 2014

Seminar “Konflik Pembangunan“ anjuran bersama GATERA dengan PAKSI serta Madrasah Tarbiah telah diadakan di Madrasah Tarbiah , Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada 1 Muharam 1435=25 Oktober 2014 bermula pukul 9 pagi hingga 1 tgh. Para pembentangnya dan…

Dato Dr Anwar Ridhwan

Ahli Pelandas GATERA

4 Mei, 2013 · by Dr Shaharir Mohamad Zain · in Berita, Hebahan

Seorang lagi Sasterawan Negara menjadi ahli GATERA Pelandas, iaitu Dato’  Dr. Anwar Ridhwan. Saya memohon maaf kepada beliau, kerana  tertinggal namanya dalam senarai ahli GATERA pada hari perisytiharan GATERA 17 Mei 2013 yang disiarkan di dalam Sinar Harian (internet) keesokan harinya itu. Beliau…

Perihal GATERA

Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) ditubuhkan oleh sekumpulan ilmuwan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan penggiat masyarakat. Kumpulan ini bertekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah, lebih-lebih lagi pada hari-hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 ini. Sebahagian daripada para pemimpin, ilmuwan, dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini.

*

Demi meraih kuasa dan mengekalkan kuasa, mereka menggunakan, membiarkan malah nampak menyuburkan segala kekejian, keganasan dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan, dengan tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun. GATERA bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala kebobrokan di atas dan menolak mereka dan amalan yang menghalalkan budaya ini.

Copyright © 2023 GATERA